http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, November 6, 2015

Melbourne Aku Datang (Part 11) - Melbourne International Airport (MEL)

Finally, entri terakhir pengembaraan aku ke Melbourne sebelum aku terbang ke korea hari ini. Ikutkan nak sambung dekat Part 10 je cerita nie tapi bila tengok yang entri Part 10 pun dah panjang, jadi lebih baik buat entri baru je.


Hari Kesembilan (3/10/14)

Memang bangun seawal-awal pagi sebab nak check-out awal untuk gerak ke airport pagi tu. Walaupun aku yang paling awal bangun tapi akulah paling terakhir sekali keluar sebab lambat siap. Hahahahhaha. Pagi tu kami sarapan dekat airport je sebab tak sempat nak sarapan dekat tempat lain. Lepas dah check-in beg dan dah lepas kastam semua, kami sarapan dekat kedai dalam airport. Dekat sini pun boleh dapat ilmu baru tahu. Memandangkan kami sebagai student-student nie bukanlah reti sangat bab-bab makanan nie, jadi memang kami banyak bertanya dekat pensyarah. Jadi masa order tu, aku perasan ada sandwich dan order sekali dengan set air mocha panas. Sekali bila dapat, alamak....baru perasan dalam tu ada daging. Jadi hantar balik dekat waiter tu dan mintak dia tukar baru. Last-last makan macam yang dalam gambar je. 

[ Makan wrap salad + kepek + air mocha = AUD 14 ++ kot, nangis tak berlagu kejap ]

Masa tu nampak makanan Dr. Zuha sampai dan semua orang rasa sikit-sikit makanan dia. Aku dah lupa nama makanan tu tapi yang penting ada perkataan "Breakfast", ada roti + omellete + kacang merah + apa ntah lagi tapi makan ramai-ramai memang sedap. Hahahhahahaaa.

[ Tak mo balik!!!!! ]
Sebelum naik flight, pergi tandas dia kejap sebab buang apa yang patut dan siap-siap ambil wuduk dalam tu. Lepas dah ambil wuduk, jumpa mesin nie dalam toilet. Rasa wow la jugak sebab tak sangka orang dekat sini buat bisnes gempak juga even dalam toilet. Bukan jual tisu tahu tapi jual minyak wangi kot.

[ Beli dekat dalam toilet, cologne = AUD 4 je sebagai kenangan terakhir. Still ada lagi sebab jarang guna ]

Akhirnya kami sampai dekat KLIA2 lepas asar dan semua balik ke rumah masing-masing. Alang-alang minggu tu memang dah raya haji, jadi memang kami CUTI panjang sebab habis je trip Melbourne kami, kami sambut raya haji dua hari kemudiannya.

Habis dah cerita kembara aku ke Melbourne.

[ Terbang RM 5 sebab nampak orang sebelah makan, so kita makan dulu sebelum tengok entri budget ke Melbourne nie ]

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...