http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, October 11, 2013

Kali Pertama Buat Kek Batik

Sejak kawan aku jual kek batik dekat dalam kelas, aku pun teringin nak merasa kek batik nie. Kawan-kawan aku cakap nak buat benda nie senang je, cuma kena tahu bahan-bahan dan tak berangan masa memasak. Jadi aku memang rancang nak buat kek batik masa cuti mid-sem nie dah alhamdulillah, berjaya juga buat. Kalau ikut resepi-resepi yang aku tengok dalam internet terutama blog INI, banyak bahan yang aku terpaksa tukar sebab bahan asal tak ada. Jadi aku pun selongkar la kabinet dapur rumah nie untuk cari pape yang sesuai untuk ganti barang-barang yang tak ada (padahal niat nak habiskan barang-barang yang hampir expired dan jenis bahan makanan yang sama je).

Berikut ialah bahan yang aku guna untuk buat Kek Batik aku nie.....

  1. Biskut Jacob Cream Cracker, 1 kotak ada 6 pek biskut (ganti Biskut Marrie)
  2. 250g mentega (mujur ada sebungkus lagi masa cek dalam peti sejuk)
  3. 1/3 dari 1.5kg serbuk Vico (antara serbuk bercoklat yang aku jumpa dan tinggal sikit)
  4. 1/2 Tin susu pekat F&N (main rebat je sebab tak tahu nak pakai susu apa dah).
  5. 2 bekas makanan lutsinar (untuk letak kek aku nanti)
[ Nie la bekas lutsinar yang sudah aku masukkan kek batik tu]

Kalau ikutkan kena letak 1 sudu besar esen vanila tapi disebabkan esen vanila yang aku jumpa tu boleh guna sampai 2009, maka terpaksa lupakan sahaja. Biskut Jacob tu pun baru je expired tapi tengok dan rasa asal masih ok, jadi aku tibai je guna biskut tu.

Cara-cara nak buat
  1. Cairkan mentega dalam periuk sampai cair kesemuanya (aku guna kuali rata yang agak besar sikit).
  2. Masukkan vico dan susu, kacau sehingga tiada ketulan lagi (pandai-pandai la kau periksa ada ketul-ketul lagi ke tak sebab bila dah campur semua tu memang jadi coklat pekat)
  3. Bila semua tu dah ok, masukkan biskut ke dalamnya dan gaul sehingga sebati (masa nie aku dah tutup api sebab dengar cite tak leh biar api lama-lama masa gaul, takut biskut jadi lembik)
  4. Masukkan acuan tadi dalam bekas yang ada dan mampatkan ia agar tiada ruang yang tinggal.
  5. Masukkan bekas berisi biskut salut vico tadi dalam peti sejuk dan biarkan dalam 4 jam ke atas.
Kalau ikut apa yang blog Wawa Syida nie cakap (copy paste ayat dia)....

::: Kalau nak kek batik jadi lembut, masukkan kek dalam fridge bahagian ais...Keluarkan 30 minit awal sebelum makan...Kek mesti lembut dan senang dipotong...Siap! boleh makan :)


::: Petua lain untuk melembutkan kek batik, biarkan biskut marie masuk angin/lemau...so, baru proceed untuk buat kek...



::: Tapi kalau suka yang kek batik yang rangup, letak dalam fridge bahagian biasa tu pun dah ok!

Jadi aku ikut ayat pertama dan terakhir dia iaitu letak dalam bahagian biasa dan letak dalam bahagian freezer. Gambar kat atas tadi ialah hasil dari bahagian biasa kat peti sejuk, rasa dia rangup tapi agak lekit-lekit sikit. Mungkin sebab aku letak banyak sangat vico agak ye, rasa coklat dia pun tebal. Aku buat 2 bekas sebab itu jumlah yang aku dapat dari sekotak biskut marrie tu. Kalau ikutkan cerita, nak letak telur pun boleh tapi aku tak tahu apa fungsi letak telur tu. Jadi aku abaikan bahan tu dan buat macam biasa....

[ Terus rasa kek lepas makan nasi tengah hari tadi ]

Ok la, dah tak tahu nak tulis apa lagi. Kalau rajin, pergi la buat. Senang je...Selamat Mencuba

2 comments:

Time Traveller said...

Rajin jugak nak buat .. bahan mcm semua ada je kat stor tu.. tahnks share :D

takky said...

mmg niat nk masak kek batik nie....
sebab mmg taw bahan2 byk ada kt dalam kabinet dapor...
takut ada yg dah expired since org umah jarang masak n mkn kat umah...
ayah je yg rajin beli sume2 tu...
daripada buang mcm 2 je....
better masak something dgn benda nie....
huhuhuhuhu

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...