http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Monday, March 19, 2012

Nak Cari Kerja Baru

Sekarang aku sedang curi-curi menulis entri baru untuk blog aku sebab sekarang aku berada di tempat kerja aku. Aku masuk kerja dari pukul 11 malam sampai 7 pagi untuk minggu ini. Memang kepala aku rasa berat yang amat walaupun aku selalu berjaga malam masa aku tak kerja dahulu. Aku tak tahu apakah perbezaan aku jaga malam masa tak kerja dengan berjaga malam masa kerja (owh, skemanya ayat aku).

[ Aku siapkan semua kerja aku tahu sebelum update blog ini ]

Sudah hampir 3 minggu sebenarnya aku kerja sebagai Front Office Assistant dengan jawatan cashier di hotel dekat kawasan perumahan aku. Aku sebenarnya masih lagi mencari pekerjaan lain memandangkan gaji asas disini amatlah sikit iaitu RM400 untuk permulaan dan aku dengar bila dah kerja selama 3 bulan, gaji akan naik dalam RM100-RM200. Aku rasa amat-amatlah tak berbaloi bagi aku sebab gajinya terlalu sikit. Bila cakap gaji asas, mungkin mereka yang bekerja dalam industri ini akan kata aku nie mengada sebab memang kebanyakan gaji asas untuk pekerja hotel nie sikit. Sebabnya duit sebenar yang masuk poket bagi para pekerja di hotel ialah POINT yang akan kita dapat (aku tulis huruf besar sebab nak highlightkan point utama aku).

Setakat maklumat yang aku dapat buat masa ini, satu point untuk hotel ini dapat paling rendah RM203 dan paling tinggi pun dalam RM300++ tak silap aku. Jadi di sini aku bagi contoh untuk gaji kasar yang aku dapat untuk bulan ini.

  • Gaji Asas = RM400
  • Point = 2.5 (contohlah bulan ini 1 point bersamaan RM280)
  • RM400 x (RM280 x 2.5) = RM1100 sahaja untuk gaji kasar.

Itu belum lagi potong elaun tah pape yang mengarut lagi, Bayar untuk loker la, persatuan yang aku pun tak tahu persatuan apa yang ada dekat sini, KWSP dan EPF (aku belum tahu lagi nombor aku untuk 2 benda alah nie). Paling busuk yang aku pernah dengar, gaji aku akan dipotong dalam RM90. Itu belum lagi kena tolak dengan kesilapan teknikal yang telah dilakukan oleh kami semua masa nak chek-outkan guest keluar hotel. Dengar cerita seorang kena bayar dalam RM60 - RM70, jadi bila kira balik:

  • RM 1100 - RM 90 - RM 70 = RM940

Semua jumlah tadi itu sama je dengan gaji masa aku kerja dekat Stesen Petronas dulu. Kalau aku tahu jumlahnya macam itu, kemungkinan besar aku akan kerja je dekat tempat aku jadi HouseKeeping dulu. Bagi pendapat aku la kan (pendapat orang tak matang la katakan), selalunya kalau kerja dekat hotel atau dalam industri ini, paling sikit pun akan dapat dalam RM1500++ dan ianya gaji bersih sebabnya kerana status hotel itu sendiri. Disebabkan itulah aku masih lagi mencari kerja lain dan aku ingat aku nak kerja jadi BELLMAN sahaja sebab kerja bellman lagi masyuk. Ada sekali tu aku tolong angkat 2 beg tetamu Singapura ke bilik mereka dan tetamu tu bagi RM50 dekat aku. Bukannya senang nak dapat RM50 sekarang ini. Kalau ada 8 tetamu yang macam tu dah bersamaan dengan gaji asas aku dekat hotel ini. Ianya bukanlah perkara mustahil sebab selalunya tetamu yang rajin bagi tips nie dikalangan pelancong dari Singapura dengan Eropah. 

Itu je la celoteh aku malam ini. Bos malam ini asyik keluar masuk je, susah aku nak update entri aku. Nanti aku sambung lagi cerita kalau ada pape benda menarik yang aku nak kongsi dalam ini. Cau cin cau....^O^

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...