[Source: Tanya lor khabar aku wei, view je buat apa 😤😠] |
Journey Of My Life
http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel
Friday, June 18, 2021
Attention : Seeker vs Needed
Tuesday, December 1, 2020
It's Good To Have Sickness
Dah lama tak menulis dalam ni. Sejak kerja dekat tempat baru ni gara2 pkp/p/b, aku sedar yang mood aku makin ke laut & aku makin demotivation. Bila kerja semata2 nak cari duit, macam ni lor jadi ye. Ditambah lagi dengan workmate yang jenis suka sindir tanpa dia sedar & jenis suka buat projek kotor, lepas tu nanti kita yang nak kena hadap semua tu. Rindu naknkerja dekat wayang balik sebab situ tak stress & environment kerja baik. Even gaji kecik tapi gembira. Sekarang ni bila aku demotivate je, aku just coolkan diri dengan kata kat diri aku "Jangan ambil hati sangat, jangan dok sedih sangat...nanti sakit kau datang balik, sabar la wei. Semoga Allah bayar kesabaran kau tu dalam bentuk yang kau inginkan"...
Wednesday, September 9, 2020
Istiqamah Memaafkan Dia?
Hari ni mood aku ke laut sikit gara2 lambat nak ambik darah walaupun aku tahu ianya salah aku. Cumanya bila mood aku dah ke laut, secara automatiknya aku akan fikir bukan2 especially benda/perkara/orang yang aku benci. Secara jujurnya aku paling benci akak aku nombor 3 & aku dah tak ingat sebab apa aku TERsangat benci dia tapi sejak dari sekolah rendah lagi memang aku anti gila dengan dia.
Pernah terfikir "kan bagus if aku dapat tikam dia banyak kali, korek mata dia keluar & bagi mana2 binatang makan since aku benci bila dia bagi pandangan yang annoying dekat aku", malangnya ianya hanyalah fikiran aku sahaja & aku masih ada kewarasan aku eventhough aku berharap aku tak ada kewarasan tu langsung.
Macam tadi, asalnya cuma pasal ambil darah je tapi sebab lambat & doktor pula cakap apa benda ntah pasal result darah tak valid kalau puasa lebih dari 10jam apa kejadah semua tu membuatkan aku fikir bukan2. Aku fikir yang if aku nak kena puasa jugak untuk ambil result darah tu means aku kena stay dekat wad & after that tetiba doktor kata ada test khas aku kena buat but aku tak setuju sebab tak mampu, puas parents aku pujuk but aku tetap tak nak buat test tu. Last2 aku bagi kata putus yang if aku nak kena buat test tu jugak, parents aku kena buat surat akuan bertulis yang mengatakan bahawa akak ke-3 aku tu bukan anak kandung dorang. So masa tu semua orang tergamam & fikiran aku berhenti sampai disitu sahaja.
Agak2 kalau apa yang aku fikirkan dekat atas tu betul2 berlaku, apa respond yang akan parents aku ambil? Seriusly aku memang benci gila dekat akak ke-3 aku, pernah la jugak cuba maafkan dia but perasaan tu macam tak ikhlas. Hari ni ko dah maafkan dia but tup2 satu hari tu ko macam angin gila dekat dia padahal dia tak cari pasal pun dengan ko. Cuma dalam fikiran ko memang dah set yang everything is her fault eventhough she dont have any related things with the issue.
Ada cara tak nak istiqamah untuk memaafkan dia? To be honest aku rasa almost a year ++ aku tak bertegur sapa langsung dengan dia walaupun aku duduk semeja masa PKP hari tu. Last cakap dengan dia pun masa kami gaduh mulut dekat RnR with ayah aku masa ambil parents aku balik haji where after that aku lari dan tidur dekat surau RnR, tak balik pun rumah masa tu. Ayah aku call & wasap tanya mana aku & jangan nak susahkan orang but aku buat bodoh je masa tu. Aku rasa tu tindakan paling drastik aku buat masa tu sebab aku bengang gila dengan akak ke-3 aku. Now kisah ni dah tutup & aku dengan parents aku dah ok, cuma tu lor...still not ok with akak ke-3 aku tu.
Hari tu bagi hadiah tafsir Al-Quran dekat ayah aku since aku pernah bernazar akan belikan dia tafsir if sekian3. So dekat bungkusan tafsir tu, aku ada letak nota yang aku mintak dia doakan aku lembut hati untuk terima akak ke-3 aku tu balik as siblings & dah tak gaduh macam dulu. Ntah la, diri aku ni complicated sangat padahal aku yang jadikan dia rumit, bukan orang lain pun.
How i wish i am crazy person so that i can stay at hospital mental & dah tak payah nak fikir apa2 lagi untuk teruskan hidup ni. Now korang tengok, asalnya nak cerita pasal ambil darah & tup2 boleh melalut sampai ke kisah ni. Memang fikiran aku ni rumit kan? K lor, bye2.